12 March 2011

* Tsunami Jepun : Makin Parah

Ayun baru jer tengok Buletin Utama kat TV3 fasal tsunami kat Jepun. Sepanjang video tu Ayun terdiam jer, bulu roma pun meremang naik.. Tengok air laut hitam mengalir. Kereta pun ibarat kereta mainan jer.. Rumah-rumah semua runtuh dibawa air. Bayangkan bot/ kapal pun boleh sampai ke bandar dibawa arus tsunami..

Tambah-tambah lagi situasi tsunami di Jepun dikatakan bertambah parah, apabila diberitakan logi nuklear di Jepun mengalami kebocoran. Kebakaran logi-logi gas dan petroleum memberi impak kuat dalam situasi buruk di Jepun.

Serius memang TAKUT!!. Sepanjang tengok video tu pun hati Ayun asyik istighfar ke hadrat Allah mohon semua selamat.. Bila berlaku malapetaka memang perkara pertama kita ingat adalah Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Mohon semuanya diselamatkan dari segala musibah. 

Hati Ayun pun asyik tertanya-tanya macam mana keadaan kawan2 Jepun ayun kat sana..Risau dengan keadaaan mereka dan keluarga.. Harap-harap semuanya selamat..

Hayato, Momo, Fujiko Junko
Risa Miyagi

Teringat masa Ayun ambik kos International Relations kat Universiti dulu. InsyaAllah, bangsa Jepun ni akan bangkit semula selepas tsunami ni sebab dorang ni bangasa yang kuat semangat dan sentiasa bersedia,, Teringat masa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki macam mana bangsa Jepun ni mampu membangun dengan cepat dan menguasai teknologi dunia. Mungkin musibah tsunami ni membawa hikmah dan kesedaran bagi rakyat Jepun dan kita semua yang melihatnya.. InsyaAllah..

Kat Rompin ni pun cuaca tak menentu hari ni, seharian hujan, semalam pun Pak Ndak cerita lepas Solat Jumaat, Imam buat solat hajat sebab cuaca yang tak menentu ni. Ada tempat-tempat banjir di Rompin. Sebelum ni tak pernah hujan macam ni pada bulan bulan March.


p/s: sepanjang tengok video tu jugak dalam hati ayun " bila dah jadi macam ni,, banyak mana harta pun semua kita pakat tinggal".. Allahu Akhbar!!

1 comment:

  1. thanks 4 da entry ayun.. sedih juga bila fikir2 balik.. banyak mana pun harta, kaya mana pun kita, yg penting amalan juga yg dibawa bersama...

    ReplyDelete