04 March 2011

* Suka Baca Dari Tulis

Semenjak dua menjak ni  lama jugak Ayun tak update blog. Bukan sebab Ayun sibuk pun tapi sekarang banyak abiskan masa dengan baca-baca blog Ayun follow..Seronok jugak baca blog fasal suka-suka hidup orang lain, blog mengenai info-info, blog petua,  dan macam macam lagi la..

Setiap blog yang Ayun follow, insyaAllah Ayun akan baca entri dorang biarpun dorang tak follow Ayun pun..  Ayun pun kalo boleh nak berblog dengan low profile jer. Blog Ayun mostly kawan- kawan dan kazen-kazen jer yang baca bukan orang lain pun. Takde niat nak nak femes dengan berblog, cukup la sekadar menulis ape yang kita mahu tulis. TITIK. Sebab tu blog ni simple jer.. Header pun alahai.. InsyaAllah nanti rajin Ayun tukar la. hehe

Dalam dunia blog ni ada macam-macam genre blog yang orang selalu gunakan dalam menulis blog. Ada gosip, ada fesyen, ada fasal keluarga, ada tutorial dan banyak lagi. Ikut taste atau pilihan kita la nak baca blog mana satu kan.. Style Ayun pulak "suka baca blog tu, follow". Mudah je caranya.. 

InsyaAllah lepas ni mungkin tergerak hati Ayun nak tulis entri yang best-best dan seronok untuk dibaca.. Ayun pun baru lagi dalam dunia blog dan banyak lagi perlu belajar..step by step ok..

No comments:

Post a Comment