09 March 2011

* Drama Melayu: Dulu VS Sekarang

Sape kat sini suka tengok drama melayu?? Muncungkan mulut anda.. : p

Hari ni Ayun nak cerita fasal drama Melayu dulu vs sekarang. Dulu, masa Ayun sekolah rendah sampai form 2 kot suka sangat tengok drama Melayu kat TV2.. Masa tu ada satu slot kat tv 2 dia panggil slot SPEKTRA. Sape lahir tahun 80- 90-an mesti tahu atau ingat la kot slot ni..

Drama-drama terbitan HDV ni memang best-best sume. Drama tu papar fasal perihal masyarakat, kisah suka-duka memang rasa dekat jer dengan jiwa kita.. Bak kata Drama Kita, Kisah Kita kan. Masa tu Zamarul Hisyam pun muda lagi, Ada Ernie Sulastri pastu Zuraini Kassim memang rasa best betul drama melayu time tu, Farisya Irwayu - skang ada belakon balik , Rashdan Baba - dia nih leh kira king of spektra, Tengku Tasha Aziz - ratu spektra dulu-dulu.

Antara drama-drama  yang masih segar di ingatan Ayun ialah Kembara Bermusim, Puncak Inspirasi, Arus Kehidupan, Ros Anita, Bumi Hijau, Chalet dan banyak lagi. Memang tak miss tengok drama tu tiap-tiap malam dengan adik-beradik pakat selonggok jer depan tv... Rasa-rasa kalo TV2 ulang semula drama-drama tu, mesti ramai orang nak tengo.

Drama Melayu sekarang pulak asyik-asyik fasal orang kaya, korporat, rebut harta, orang tua gatal, anak derhaka, scandal dengan laki/bini orang. Serius memang Ayun kurenggg sangat dah tengok drama Melayu sekarang .Slot cerekarama ke, samarinda ke, x layan sangat.. Drama yang Ayun layan macam Nur Kasih tu pun separuh tengok pastu terus episod akhir.. Bukan tak ade drama Melayu yang best sekarang cuma tak banyak macam dulu-dulu, cerita pun tipikal jer dah tau ending..

Satu lagi yang tak best drama Melayu sekarang ialah sebab asyik muka sama jer berlakon.. Contoh bulan ni drama ni dia berlakon, tup tup bulan depan drama lain muka dia jugak.. Bukan ape kadang kadang bosan jugak kan.. Nampak sangat la kurang pelakon pelapis kat Malaysia ni.. Acce cuba bagi la watak-watak utama kat pelakon-pelakon baru ni atau asah bakat dorang untuk jadi pelakon mantap..

Kalo kat Korea, pelakon dorang tak berlakon kerap sangat .. Cukup berlakon satu drama rehat jap.. cuti 3-6 bulan pastu baru drama lain. Kadang setahun ada 1-2 drama jer dorang berlakon. Ni yang buat peminat tertunggu-tunggu dan tak sabar tengok terbaru dorang. Cuba tengok Won Bin.. berapa banyak sangat drama lakonan dia.. Setakat Autumn In My Heart pastu berapa drama sangat ada muka die..

Tapi kat Malaysia ni kalo setakat mana ada tawaran sapu jer,,asalkan masyuk.. tak kira la skrip best ke tak best.. Peminat pun mula bosan pastu tak nak tengok.. Tambah- tambah lagi, bila dah popular ada SCANDAL.. Serius BOSAN!!!

Setakat ni jer la ulasan fasal drama ni.. Hope drama Melayu kita ni akan berubah ke arah yang lebih baik lagi.. Kita tengok drama Indonesia, Filipina, Thailand, Korea, Mecixo sume pakat layan tapi dorang tengok tak drama kita??..
Tak yah tengok jauh sangat dekat pun boleh.. Kita tengok drama Cina kat 8tv tapi ada ke orang Cina tegok drama Melayu kita??

20 comments:

  1. hai,,,kte pon suke sgt2 dgn drama melayu mse dlu2,,,
    cte puncak inspirasi,arus kehidupan, ros anita n bumi hijau 2 mmg bes,,,
    sronok klau dpt tgok balik smule drama 2,,,
    tp drama melayu zmn nie dah xbes da,,,jalan cite die lbh kurang sme je,,,xmnarik sgt,,,
    bes la dpt kongsi mnat yg sme mse zmn kcik2 dlu ^_^

    ReplyDelete
  2. ros anita tu aku tengok sampai abes. haha... mase tu darjah berape tah x ingat.... tp memg best. haha

    ReplyDelete
  3. besttttt giler kan drama spektra zaman skolah rendah......

    ReplyDelete
  4. tu la,,drama sekarang menyengat la.. mintak tv2 siarkan semula la drama-drama spektra.. mesti rating naik..:)

    ReplyDelete
  5. ingat lagi cite arus kehidupan.. tgok ramai2 ngan family..huhu
    tau x lagu dye yg anuar zain(lau x silap r) nyanyi tu tajuk ape?

    ReplyDelete
  6. @Qaireen Nuha : kalo x silap lagu Anuar Zain - Bila Resah rasanya.. Bestnya drama Malayu dulu..

    ReplyDelete
  7. haaaa....duk cari2 crita spektra yg arus kehidupan tu bole tersinggah kt entry ni....hahaha, mengubat rindu btol entry ni

    ReplyDelete
  8. saya minat ernie sulastri,die nmpk lembut dan sopan orgnye.dan x lupe cter aduhai jaemah,y ikat tocang 2 tu.hehehe

    ReplyDelete
  9. minat sgt ngn cter Kembara Bermusim... nk tgk balik. tp bertahun2 dah tunggu tp xde tayangan balik pun kat tv.

    .:mad/mad:.

    ReplyDelete
  10. drama korea skg lbh krg cam drama2 spektra la kan...sbb 2 org lyn cite2 korea nie...klau cite mlayu skg die buat blk cam cite2 spektra 2 confirm ramai org tgk...bkn stkt org mlayu, bangse lain pn layan...drama skg sumenye hampeh..asyik2 cite yg same je, bosannnnnn...dgn jln cite yg lembap n dh leh agak...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum..heheh..saya paling suka citer ARUS KEHIDUPAN..da ernie sulastri dalam 2..hihi..pelakon laki yang jadik laki die dalam 2 name ape ek..skang die belakon balik kan..dalam citer bunga2 syurga..hihi..jengoklah blog sy..hehe..btw, sy dah follow awk..hehe

    ReplyDelete
  12. suke bumi hijau!sbb rasgdan ngn shariza best dlm cter tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!! Ia antara drama HVD yang jauh lebih berkualiti daripada sinetron Indonesia sekarang ini.

      Delete
    2. tau x mana nak tgok cte2 spektra ni balik ek? Kat you tube xdla..

      Delete
    3. Sy lhir thn 1996 tpi sy tgk citer bumi hijau..mase tu sy kecik lagi, tpi citer ni msih segar di ingatan sy..mmg best citer ni

      Delete
  13. Spektra Melayu semuanya jauh lebih berkualiti daripada drama-drama Indon atau sinetron Indonesia zaman sekarang ini.

    ReplyDelete
  14. klau kmi dlu slot spektra ni kmi pggil drama gorib aka mgrib..tp drama dlu bnyk scene mkn..yes..erni sulastri...kat mn dia skrg...

    ReplyDelete
  15. kat mana ey erni sulastri skang

    ReplyDelete
  16. haha..stuju sgt..arus kehidupan..chalet..memang lejen

    ReplyDelete
  17. Btol tu.. cter ros anita, jalinan kasih.. igt lg.. hrp dot tyg blk drama mlyu 90an.. terbaik..

    ReplyDelete