14 March 2011

* Kenangan Cuti Sekolah : RICHIE RICH

Pejam celik pejam celik. Minggu ni dah start cuti sekolah, tadi masa Ayun nak gi tempat kerja, jalan raya kiri dan kanan penuh dengan kereta . Al maklum la cuti sekolah ni macam-macam plan yang muncul. Dengan kenduri-kendaranya, cuti-cuti 1Malaysianya dan macam-macam hal la.Masa kecik-kecik dulu, family Ayun jarang bercuti nih jadi masa cuti Ayun banyak abiskan masa adik-beradik dan sepupu sepakat dengan tengok tv jer dan main rounders atau tuju selipar petang-petang kat depan rumah.. tergelak pulak teringat kenangan dulu-dulu

Yang seronok tengok tv time cuti sekolah ialah banyak filem kanak-kanak yang best sebab adalah slot untuk cuti sekolah punyer. Antara filem kanak-kanak yang Ayun minat masa kanak-kanak dulu ialah RICHIE RICH. Citer ni dah banyak kali ulang kat tv tapi setiap kali ulang memang Ayun akan tengok, last sekali Ayun tengok citer ni kat tv masa Ayun form 3.. dekat 10 tahun juga tak kuar citer ni.. Mujur la ada youtube jadi boleh la tengok semula filem ni. Serius citer ni sangat seronok dan kelakar. Sesuai la dengan jiwa budak-budak.

Sinopsis filem ni Ayun ambil kat bawah video tu
 
The richest kid in the world, Richie Rich, has everything he wants, except companionship. While representing his father at a factory opening, he sees some kids playing baseball across the street. Richie wants to join in, but they don't want him around. When a plot to kill the Rich family is devised by Rich Industries' top executive, Laurence Van Dough, Richie must take over control of the company while searching for his lost parents with the help of some new friends.
 

 


 
 

 







Serius memang HEAVEN jadi macam Richie ni kan, dengan ada McD kat rumah, permainan yang kaw-kaw punyer hebat, nak apa sahaja sume dapat.. Tapi setiap yang lebih mesti ada kekurangan nyer kan.. Walaupun dia kaya tapi susah nak cari "kawan" tapi akhirnya dia temui jugak.  Bila dah kaya, orang jahat pun ramai nak kenakan kita.. huhu.. Bukan senang nak cari kawan sejati yang tolong kita susah dan senang. Jika ada, beruntung sangatlah kita~hehe


p/s: InsyaAllah nanti Ayun masukkan filem-filem kenangan cuti sekolah yang lain k. (^_^)/..
      Selamat Bercuti Sekolah..

No comments:

Post a Comment