Semalam borak-borak dengan kazen Ayun citer fasal life kitaorang, kerja, famili, kawan-kawan n macam-macam lagi la.. Bese la sebelum nak tdo, borak-borak kosong sementara nak pakai krim muka tuh chit-chat la ckit.. Ayun cerita macam-macam sampai tak sedar dah pukul 3 pagi.. Sedap sangat mulut ni chot-chet bercerita.. Kadang-kadang borak kosong ni dpat jgk hilangkan stress kita dan tukar-tukar cerita kelakar
Dalam bercerita tu, kami bercerita mengenai kehidupan.. Adakala sedih jgk dengan kehidupan ni.. Sebab banyak sangat dugaan yang kita dapat, ada masa rasa tak tertangggung jer.. Tapi Ayun tahu Allah s.w.t hanya uji pada hamba-Nya yang mampu menanganinya.. Kadang-kadang kita rasa diri kita ni tak cukup lagi dengan gaji tak tinggi, kerja tak best, kereta tak ada dan macam-macam lagi.. Kita rasa nak dengan apa yang orang lain ada..Tak dinafikan Ayun pun rasa semua tu.. Tapi Ayun sentiasa ingat kata-kata ni BAHAWA SESIAPA YANG MELEBIHI KESEDERHANAAN, MAKA DIA TIDAK AKAN PERNAH PUAS.. Kata-kata ni sangat memberi makna kepada Ayun supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada bukannya kita asyik mengeluh dengan apa yang ada pada kita..
Ayun jgk percaya segala ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t bahawasanya boleh membuka mata kita supaya kita sedar, berubah serta cuba mencari jalan terbaik untuk penyelesaian untuk diri kita.. Ayun harap mudah-mudahan hari esok dan seterusnya memberi sinar kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup Ayun dan orang-orang disekeliling Ayun..Amin~
No comments:
Post a Comment