Showing posts with label korean drama. Show all posts
Showing posts with label korean drama. Show all posts

18 January 2011

* Korean Drama "Dream High"

Dream High


Pada petang yang bosan ni, Ayun nak cerita fasal drama siri terbaru dari KBS iaitu Dream High.. Drama ini mengisahkan enam orang remaja yang bercita-cita untuk menjadi Superstar dalam industri hiburan di Korea.. Jalan cerita nya pun seronok dengan wujudnya love tri-angle antara mereka ini..Tambah-tambah lagi dilakonkan oleh Teacyeon n Woo Young dari 2PM, Suzy dari Miss A, Eun Jung dari T-Ara, Penyanyi berbakat iaitu IU dan pelakon muda iaitu Kim Soo Hyun.. Ayun bagi sinopsis cikit yer dari drama ni ye~

Drama ini menceritakan Go Hye Mi yang merupakan seorang gadis yang berbakat dalam muzik, mempunyai rupa paras menawan serta merupakan anak orang kaya yang sering dicemburui oleh kawan-kawan.. Namun, tidak seperti watak2 tipikal korea yang watak utama yang sentiasa baik dan dibuli tapi watak Hye Mi ni lain ckit sebab Hye Mi ni digambarkan seorang yang berlagak dan strong girl..Kehidupan Hye Mi yang gah telah berubah setelah ayahnya muflis dan kehidupan Hye Mi jadi porak peranda.. Kemudian Hye Mi telah berjumpa dengan Jin Gook ketika dia dikejar oleh pemiutang yang cuba menuntut hutang daripada Hye Mi,,,Mesti x sabar kan nak tahu macam mana munculnya kisah cinta 3 segi tu kan????

Siapa yang minat cerita korea n suka dengan Miss A, T-Ara, IU dan  2PM,, jangan lupa menonton Dream High yang tak lama lagi akan ditayang oleh KBS World di channel 391 di Astro..Pada sapa2 yang tak sabar nak tengok drama Dream High tu Ayun sediakan link untuk kawan2 yang x sabar nak tengok yer... Kawan2 jgk blh tgk seterusnya menerusi link ni.. Enjoy watching k!!!


Crdt: tonngodoc.

17 January 2011

* Korean Drama "My Princess"

My Princess



Sekarang ni kat Korea tengah 'hot' dengan drama My Princess ni..
Drama ni baru tayang kat korea pada awal bulan Januari baru ni.. Ayun pun ikuti drama ni.. Jalan cerita dia pun seronok maklumla drama romantic-comedy.. Pelakon dalam drama ni pun best2 iaitu Song Seung Hun, Kim Tae Hae, Park Ye Jin dan Ryu Soo Young.. Ok,, Ayun cerita sedikit yer jalan cerita dia..

Drama 'My Princess ni mengisahkan seorang gadis dan pelajar bernama Lee Seol (LS) yang menuntut di sebuah Universiti.. Lee Seol  ni seorang yang suka berangan nak jadi puteri.. Suatu hari ketika dia sedang buat kerja part-time LS telah bertemu dengan Park Hae Young (PHY) seorang diplomat dan juga merupakan cucu seorang 'chebol' a.k.a ahli perniagaan terkenal di Korea.. Pertemuan yang pertama mereka ini telah membawa dengan pelbagai kisah yang menarik dan mencuit hati sehingga LS mendapati dirinya sememangnya seorang puteri,, Bagaimana perjalanan kisah Puteri LS dan Putera Idaman PHY?? Suspen kan!!!

Ok la kat sini ayun letakkan link yang boleh anda tengok drama 'My Princess' ni..
Drama sumenya da 16 ep. baru tayang 4 episod kat Korea.. Jadi masih kejar lagi nak tengok..
Tak rugi tengok sebab jalan cerita dia memang fun.. E.N.J.O.Y~~

Ayun hanya letakkan ep 1 saja,, kawan2 blh tengok episod seterusnya melalui link ni.

My Princess EP1 Eng Sub Part 1
My Princess EP1 Eng Sub Part 2
My Princess EP1 Eng Sub Part 3
My Princess EP1 Eng Sub Part 4
My Princess EP1 Eng Sub Part 5
My Princess EP1 Eng Sub Part 6
My Princess EP1 Eng Sub Part 7

* Korean Drama n K - Pop

Sekarang mostly negara-negara Asia telah dilanda dengan Hallyu ( Korean Wave)..
Ayun memang dah lama minat artis-artis dari korea ni sejak zaman sekolah dulu waktu tu tahun 2005 kalo tak silap la..Sumenya gara-gara Ayun nak tukar siaran radio alih-alih terdengar radio cina 9.88 fm, time tu Ayun dengar lagu korea..
Time tu tak tahu lagi siapa penyanyi dia tapi dalam hati Ayun cakap " Kumpulan korea mana la nyanyi lagu ni?? Boleh tahan jugak lagu dia... Ayun pun cari la, rupanya nama group tu "Dong Bang Shin Ki".. Memang time tu Ayun minat sangat-sangat la dengan DBSK ni sbb lagu dorang sume best-best.. tambah-tambah pandai menari n kalo baca kisah -kisah dorang pun seronok..

DBSK
Tambahan, masa tu  drama korea da banyak muncul kat tv cuma muzik-muzik korea belum ramai lagi yang tahu..
Sekarang 2011,, Ayun tengok dah ramai suka dengar lagu dan tengok drama Korea.. Dengan ada KBS World kat Astro bertambah lagi la pendedahan mengenai Korean Dramas n K-Pop..Siap artis Korea datang Malaysia lagi untuk buat Konsert n fan meeting...
Ayun tak tahu selama mana la Hallyu ini akan bertahan sebab sebelum ini Malaysia pun dah di landa deman drama Filifina, Jepun, Thailand, Mexico..sumenya ada pasang n surut.. Hallyu ini,, Ayun tak pasti lagi sampai bila ia mampu bertahan, kita tengok la nanti yer~~