Showing posts with label k-pop. Show all posts
Showing posts with label k-pop. Show all posts

18 January 2011

* K-Pop " Kara"

KARA

Entri kali ni Ayun nak cerita mengenai k-pop girl group,, KARA...
Ayun memang suka kumpulan KARA sebab kagum dengan usaha n kerajinan dorang untuk naikkan group KARA..Walaupun dorang ni bukan dari syarikat entertainment terkenal Korea iaitu JYP, SM, YG Entertainment tapi dorang tetap usaha walaupun dari bawah..
Dulu jika 2-3 tahun lepas kalau sebut KARA mesti orang tertanya-tanya siapa KARA?? .. Dulu dorang kurang fames tapi sekarang sebut KARA mostly orang dah tahu...KARA ni popular dengan lagu Mister, Jumping, Pretty Girl, Honey dan banyak lagi la..Lupa plak...Fan Club untuk KARA digelar KAMALIA..
Tanpa membuang masa lagi... Mari kita layan lagu KARA ni k!!





17 January 2011

* Korean Drama n K - Pop

Sekarang mostly negara-negara Asia telah dilanda dengan Hallyu ( Korean Wave)..
Ayun memang dah lama minat artis-artis dari korea ni sejak zaman sekolah dulu waktu tu tahun 2005 kalo tak silap la..Sumenya gara-gara Ayun nak tukar siaran radio alih-alih terdengar radio cina 9.88 fm, time tu Ayun dengar lagu korea..
Time tu tak tahu lagi siapa penyanyi dia tapi dalam hati Ayun cakap " Kumpulan korea mana la nyanyi lagu ni?? Boleh tahan jugak lagu dia... Ayun pun cari la, rupanya nama group tu "Dong Bang Shin Ki".. Memang time tu Ayun minat sangat-sangat la dengan DBSK ni sbb lagu dorang sume best-best.. tambah-tambah pandai menari n kalo baca kisah -kisah dorang pun seronok..

DBSK
Tambahan, masa tu  drama korea da banyak muncul kat tv cuma muzik-muzik korea belum ramai lagi yang tahu..
Sekarang 2011,, Ayun tengok dah ramai suka dengar lagu dan tengok drama Korea.. Dengan ada KBS World kat Astro bertambah lagi la pendedahan mengenai Korean Dramas n K-Pop..Siap artis Korea datang Malaysia lagi untuk buat Konsert n fan meeting...
Ayun tak tahu selama mana la Hallyu ini akan bertahan sebab sebelum ini Malaysia pun dah di landa deman drama Filifina, Jepun, Thailand, Mexico..sumenya ada pasang n surut.. Hallyu ini,, Ayun tak pasti lagi sampai bila ia mampu bertahan, kita tengok la nanti yer~~