24 February 2011

* Apa Nak Jadi ??

Aishh..
Nak dijadikan citer, tadi Ayun taip la kat google nak nak cari petua pulihkan sakit kepala.. 
Bukan ape,, internet ni adakalanyer bagus untuk cari info-info berguna ni..
Tup-tup tengah dok dok cari keluar pulak macam.. aigoo!!
Korang tak caya,, try la sendiri..

Macam ni pun ada?? Huhu


Try la pulak taip "Perempuan"
Sume pakat kuar mende tak baek!!!


Dah tengok pompuan nak tengok jugak la " Lelaki" pulak
Chett!! 2x5 jugak kuar..


 Nak tengok ape dorang pikir fasal "Orang Tua" kt google nih
Dah bajet mesti kuar lagu ni

23 February 2011

* Goguma Bakar

Petang semalam Ayun tak balik kerja jalan kaki cam biasa sebab dari pagi sampai petang satu makanan pun ayun tak sempat nak jamah, memang letih sgt rasa dan dengan pening kpalanyer sebab perut kosong.. Jadi alang-alang Ibu Gee dan Rafif Garfield nak ambik Fatin.. Ayun pun minta tolong la Ibu Gee ambikkan skali kat tempat kerja..

Kebetulan ada pasar tani jadi gi la dengan Fatin.. Tengah jalan-jalan tu, terliur pulak tengok keledek.. Ni fasal tengok We Got Married (WGM) semalam la ni.. WGM ni variety show yang popular la kat Korea.. Lebih kurang kawen olok-olok macam tu la, tapi yang best dan uniknya dorang ni kawen kan artis-artis kat korea.. Tapi x sampai tido bersama la..huh..Cuma life dorang macam orang dah kawen..

Citer fasal WGM ni jugak ada sorang kawan Ayun, Farah suka sangat tengok WGM ni trutama YoongSeo Couple.. YoongSeo ni fan panggil Goguma Couple sebab SeoHyun suker sangat makan ubi keledek(goguma)..

Yoonghwa (C.N.Blue) & SeoHyun (SNSD)
Jadi dah nampak keledek tu, Ayun pun pakat beli ,goguma couple punyer fasal teringin pulak nak makan keledek bakar.. kalo kat Korea, ramai peniaga jual goguma ni terutama musim sejuk la, sedap jer kalo makan time-time panas..Ayun pun apa lagi malam tadi nak merasa la goguma bakar buatan diri sendiri..hahaha


Bakar dalam oven sudeyy~

 balut kertas aluminium jgk macam dalamWGM

dah masak :)

Orang biasa cicah gula, Ayun cicah sos.. kurang ckit makan gula nih
serius sedappppp!!!


yum-yum :p

Jadi, sambil-sambil baca fasal goguma bakar tuh layan la lagu dorang k.. 
Banmal Song.. hehe .. PEACE!!



p/s: nak namja chingu macam YoongHwa jgak!! (*_^).. Mian Farah yer.. ; p

22 February 2011

* Alkisah Mimpi

Aishh.. tak tau la nape sejak dua menjak ni hati ni rasa berdebar-debar jer..Nak kata jatuh cinta jauh skali  sebab kat tmpat kerja ni budak lelaki sorang pun Ayun payah nak jumpa, asyik terperuk kat ofis jer, jatuh hati kat laki orang urghh, ngeri mintak simpang la..Senang cerita, Ayun tak berminat nak cintan-cintun lagi..
Ape la Alamatnye debaran ini yek?? chett!! ayat tak bley bla..huhu

Seminggu dua ni pun boleh katakan tiap-tiap malam asyik bermimpi jer padahal Ayun ni bukannyer Kaki Mimpi pon,  dulu kalo nak mimpi ni pun susah mgkin time blajar dulu mana taknyer tido 2-3 pagi memang tido mati dah time tu.. doa nak kata tak baca,, Ayun baca.. Kaki pun basuh sblm tido.. Mimpi lari rentas desa la? Mimpi tsunami la? sampai ada satu kali tu mimpi fasal otromen pun ada.. adeii.. mimpi UFO terhempas keluar la makhluk asing nak makan Ayun dan kawan-kawan.. merapu pun ader.. bangun pagi mula la rasa nak tergelak pulak..

Pagi esok mula la g buka internet tekan kat google tafsir mimpi.. mimpi tsunami..hahahaha.. pelik jgk kan asyik mimpi mende same jer.. Mujur jer Ayun tak taip dalam google TAFSIR MIMPI ULTRAMEN, APA MAKSUD??.. 
Memang tak de kerja dah aku nih..

Ni mesti akibat dok melayan Si Rafif Puntal tengok otromen jer kt Astro Ceria tuh.. Sampai otromen masuk dlm mimpi dan kpala otak akuhh.. Rasa nak boikot or LOCK jer rasa Astro Ceria tuh, mana taknyer, Rafif kalo boleh 24 jam nak tengok Ceria jer,, Ayun yang Ceria ni pun boleh jadi histeria dok layan katun jer.. Kalo lain-lain katun tak per jugak, ni dok ulang-ulang.. Siap Ayun boleh hafal jalan citer Hagemaru tuh.. Cakap katun atau citer ape ade kat Ceria tuh,, Muscle Man, Nono Chan, Putera Shazlan, Geng Bas Skolah dan banyak lagi sume pakat layan nak tak nak.. Bagi tengok Animax tak mau, layan anime Jepun best ckit.. Aigoo!!
 
p/s: hati-hati dengan Astro Ceria bagi yang mempunyai anak2 atau adik2 kecik.. Ia akan menguasai anda..hahahaha

p/s: opss luper.. tahniah kat my lovely kazen Rafidahidayu Rahim sebab dpat result cemerlang dlm STPM..  U! GO! GIRL!! proud of u.. Muahh..

18 February 2011

* Dream High OST

Aritu Ayun ada citerkan fasal drama Dream High yang skrang ni tengah hot kat KBS World.. Ayun memang suka citer ni.. Sampai kazen kecik Ayun si Rafif suka tengok sebab ada lagu dan menari-menari.. Satu lagi yang best fasal Dream High ni adalah lagu Ost dia.. Sebab lagu-lagu ost ni dicipta oleh Park Jin Young aka JYP.. Sape plak JYP tu??? JYP ni kalo nak tau pemilik JYP Entertainment yang hasilkan group-group popular kat Korea seperti Wonder Girl, 2PM, 2AM dan ramai lagi la..JYP pun ada berlakon dalam citer Dream High tu jadi Cikgu Kelakar " Yang Sam".. Jdi ape kata kita layan OST ni :).. Enjoy yer


p/s : skrang ni DH dah ep 13,, da 3 ep lgi sblm ep akhir.. tak sabar nak tunggu ending citer ni?? Sape yang jadi Superstar K~

16 February 2011

* L.I.F.E

Dah lama plak rasanya tak cerita dalam aliysaf's story ni.. Ayun pun bukan busy sangat pun cuma tak de mood dan idea nak menulis  tambah-tambah lagi berukband cam siput nak update..huhu.. Cuti semalam pun tak g mana-mana hanya duduk rumah dan buat kuih donat sebab Mak Ndak aka Ibu Gee nak makan donut..nanti la Ayun letak yer macam mana jadi kuih donut Ayun tu..hehe

Semalam borak-borak dengan kazen Ayun citer fasal life kitaorang, kerja, famili, kawan-kawan n macam-macam lagi la.. Bese la sebelum nak tdo, borak-borak kosong sementara nak pakai krim muka tuh chit-chat la ckit.. Ayun cerita macam-macam sampai tak sedar dah pukul 3 pagi.. Sedap sangat mulut ni chot-chet bercerita.. Kadang-kadang borak kosong ni dpat jgk hilangkan stress kita dan tukar-tukar cerita kelakar jgan wat ketupat sudah la yer..

Dalam bercerita tu, kami bercerita mengenai kehidupan.. Adakala sedih jgk dengan kehidupan ni.. Sebab banyak sangat dugaan yang kita dapat, ada masa rasa tak tertangggung jer.. Tapi Ayun tahu Allah s.w.t hanya uji pada hamba-Nya yang mampu menanganinya.. Kadang-kadang kita rasa diri kita ni tak cukup lagi dengan  gaji tak tinggi, kerja tak best, kereta tak ada dan macam-macam lagi.. Kita rasa nak dengan apa yang orang lain ada..Tak dinafikan Ayun pun rasa semua tu.. Tapi Ayun sentiasa ingat kata-kata ni BAHAWA SESIAPA YANG MELEBIHI KESEDERHANAAN, MAKA DIA TIDAK AKAN PERNAH PUAS.. Kata-kata ni sangat memberi makna kepada Ayun supaya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada bukannya kita asyik mengeluh dengan apa yang ada pada kita..

Ayun jgk percaya segala ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t bahawasanya boleh membuka mata kita supaya kita sedar, berubah serta cuba mencari jalan terbaik untuk penyelesaian untuk diri kita.. Ayun harap mudah-mudahan hari esok dan seterusnya memberi sinar kebaikan dan kebahagiaan dalam hidup Ayun dan orang-orang disekeliling Ayun..Amin~

12 February 2011

* Belum Ada Rezeki

Time cuti balik kampung aritu Ayun ada citer-citer la dengan family fasal kerja dan kereta..
Nak ikutkan Ayun ni tak la teror sangat fasal kereta-kereta ni..Sebab sume kereta Ayun minat..:)
Bagi Ayun asalkan ada kereta syukurla.. Senang Ayun nak gerak mana-mana g jalan-jalan atau balik kampung ke.. Best jugak bila fikir g jalan-jalan dengan kereta sendiri bawak adik-adik g bercuti ke, shopping ker.. kalo boleh Ayun nak sangat ada kereta sendiri..

Tapi baru-baru ni bila Ayun kira-kira semula, mungkin tahun ni Ayun kena tutup buku dulu fasal beli kereta sebab tengok pada kiraan gaji dan simpanan nampaknyer Ayun belum mampu lagi.. Tambah dengan kerja Ayun yang belum cukup mantap dan Ayun pun nak guna banyak duit untuk simpanan akan datang.. Maintenance untuk kereta pun bukannya murah dengan minyak, insuran lagi dan lain-lain.. Jadi, bila fikir-fikir semula niat Ayun beli kereta terpaksa ditutup dulu.. :(.. Belum ada rezeki lagi..

Mungkin Ayun kena tunggu rezeki lain dulu kot mana tau ada rezeki lebih bolehla Ayun fikirkan fasal nak beli kereta semula..

10 February 2011

* Emosi

Kali ni Ayun nak citer fasal emosi plak... Ayun ni bukan jenis yang kuat nangis kalo nak ikutkan sebab kalo masa kecik2 dulu time kene rotan dengan mak guna hanger baju tu pun jadi ouhhh!! mata dan emosi ni kuat memang tak nangis tapi kaki tu 100 meter da pecut... hahaha.. siap main sorok2 lagi.. Kenangan masa kecik2..:)

Ayun pun bukan la degil sangat, mungkin sebab Ayun anak sulung jadi apa-apa akak mesti kena dulu..huhuhu..Bila fikir-fikir smula sebenarnya tu lah yang mengajar kita agar bertanggungjawab dan sedar sapa diri kita sebenarnya..tq Mak..

Dalam kene-kene rotan tak nangis ni.. Ayun perasan yang Ayun ni sebenarnya seorang yang emosi jugak rupenyer.. tapi bukanla emosi cemburu, dengki, yang tak elok2 tu.. Ayun lebih kepada emosi yang sedih-sedih ni.. Ayun tak boleh tengok citer sedih- sedih yang menyayat hati sebab hati nati ni rasa sebak jer dan yang paling kelakar bila da tengok tu nanti mood ayun mulala sedih dan diam jer.. Bukan setakat tgk tv, baca novel pun sama.. Sebab tu Ayun memang tak nak tengok atau baca novel yang ending dia hero atau heroin mati sebab memang spoil la mood Ayun pas baca tu..

Ayun pun mudah emosi kalo cerita tu watak utama tu susah atau banyak dugaan dia terpaksa tempuh.. Watak utama dia jenis kuat usaha akhirnya berjaya or cerita fasal pergorbanan memang Ayun mudah sebak..Ingat lagi Ayun time kat u tgk citer korea Haeundae, entah nape time tgk citer tu Ayun pakat selak nangis..aigoo!!!

Ayun pun tak boleh tgk citer seram jgk sebab ingat lgi time Ayun g tgk wayang dengan Wulan dan Farah kt Kajang boleh Ayun menjerit dalam wayang tu..pastu ramai la pulak pakat menjerit ngada ngajuk.. Kawan Ayun kat sebelah bukannyer nak tolong tenangkan pun tapi pakat ketawa adalah..aisshh..

p/s: rindu dgn kenangan kat ukm dengan kawan2~ Kalaula boleh ulang smula.. :)

09 February 2011

* Aiskrim Toyyibah

Petang tadi rasa teringin makan aiskrim jadi Ayun pun beli la Aiskrim... Cadang nak beli aiskrim batang tu tapi fikir- fikir semula rugi pulak sebab beli satu-satu..Jadi senang-senang baik beli aiskrim yang besar,,makan pun puas sebab satu keluarga boleh makan... Nak g kedai motor plak masuk bengkel...Kebetulan rumah Ayun dekat dengan stokis HPA, apa lagi laju jer la membelinyer... Ni kali pertama la Ayun beli aiskrim ni sebab biasa beli jenama Nestle atau Wall.. Harganya RM 8 (1.5 ltr) untuk ahli HPA..
Aiskrim  Toyyibah ni bebas gelatin, sedap dan makan pun banyak pun tak rasa muak..yum-yum..
Jangan lupa untuk cuba yer!!! :)

 
Macam-macam perasa ada
Aiskrim Toyyibah

Tinggal separuh jer :)
p/s : mujur sempat tangkap sebelum dihabiskan.. nanti nak cuba perasa lain la..

08 February 2011

* Jalan Kaki

Sejak Ayun dikejutkan dengan nenek spupu Ayun yang diserang strok tiba-tiba, Ayun mula risau tentang kesihatan plak..
Mana taknyer, Nenek Baya aka Nenek Ayu yang sihat n aktif pun boleh kene strok.. Sian jugak tengok Nenek Baya asyik terbaring jer siap masuk wayar lagi ikut hidung.. Biasanyer orang yang ada penyakit darah tinggi boleh kena strok tapi Nenek Baya ni sebelum ni tak ada darah tinggi dan baru kali pertama ada darah tinggi terus kena strok.. Bahaya tul rupanyer darah tinggi ni kan..huh
Jadi sejak balik dari kampung aritu Ayun da tanam semangat baru iaitu JALAN KAKI BALIK DARI KERJA.. Pagi2 mintak Ibu Gee anta g kerja sebab x larat jalan kaki nanti sampai tempat kerja mula la semput bagai..hehe
Kebetulan plak motor yang Ayun bawak g rempit ayat x tahan  pagi2 g kerja masuk bengkel gara-gara spupu "terlebih sayang" Ayun excident sampai masuk longkang,, Aigooo!!!.. Jadi, nak tak nak terpaksa la jalan kaki jer.. haha
Sebelum ni dah lama Ayun cakap nak jalan kaki nak balik kerja tapi cakap jer lebih buatnyer tak pun,, Hari ni da masuk 2 hari Ayun jalan kaki.. Motor pun kat bengkel entah bila boleh ambik mungkin bulan depan la kot baru boleh ambik sebab BAJET bulan ni dah sengket gara-gara shopping terlebih time cuti kat kampung..huhu
Harap-harap dengan jalan kaki balik dari kerja ni boleh la Ayun excersice sikit dan berat badan pun mintak2 la turun sekilo ke?, dua kilo ke?,, berkilo-kilo pun lagi bagus.. Jalan kaki pun dalam 15-20 minit jugak la tpi x terasa sangat pun sebab Ayun jalan sambil dengar mp3 lagu2 korea feveret Ayun.. tup!! tup!! da sampai rumah...

p/s: berapa lama la Ayun kena jalan kaki yer??? mgkin sebulan or lebih kot..huhu

07 February 2011

* Kembali Semula dari Bercuti

Alhamdulillah~~~

Akhirnya, Ayun kembali semula ke Rompin semalam setelah lama di kampung..
Kebetulan cuti CNY kali ni dpat cuti lama... fuyooo!! 1 Minggu tuh.. kira-kira 9 hari jugak la.hehe..
Bayangkan la, Jumaat minggu lepas last kerja, esoknya hari sabtu terus naik bus pukul 8 pgi dari Rompin.. mmg rindu sgt kampung halaman gamoknyer..
Perjalanan blik kg mmg lama tul.. dari Rompin - Kuantan, Kuantan - Bandar Jengka.. memang menguji fizikal dan mental.
Biasala muda remaja yang tak berkereta ni terpaksa la naik kenderaan awam jer.. naik la bas yg berhenti2 kt simpang tu.. mmg seksa menunggu tapi sabar je la..hehe.. dalam ati asyik ckap "bila la nak sampai" ulang2..
Macam2 cite time balik kg kali ni.. dengan xde sapa nak ambik kat Terminal Nadi Kota kat Bandar Jengka.. aishhh..* geram bila pk sorg pun adik x dtg ambik, dah la jarang balik.. terpaksa la naik teksi, dah la tambang mahal..huhu.. pastu ada banyak kenduri plak la..adeii.. dah la satu baju kurung pun x bwak blik..sbb nak cepat jadi x ingat pun kt baju kurung..baju kurung kt rumah dah la yang lama2 pastu pakat sume ketat dah.. weight gain berkilo-kilo.. terpaksa la dok cari jugak baju kurung yg muat.. dengan kenduri kawennyer, kenduri doa selamatnyer.. gara-gara baju kurung x bawak balik pakat tibai jer baju kurung mak sedara..haha
Yang paling best skali.. time nak balik Rompin.. pakat bawak sume makanan kegemaran Ayun kat kampung.. Siap beli tempoyak sekilo, x cukup minta mak sedara bwak dtg dari rumah dia,, beli kerepek bawang yang terfemes kt area kampung Ayun,, bawak pucuk rebungnyer 2 bungkus.. mujur x bawak balik pisang 1 tandan n kangkung selom jer sbb x sempat tebang dan kutip.. kalo x sume ku angkut ke Rompin.. Tu pun kebetulan org kampung ada duk Rompin jadi dok tumpang dia la.. kalo tak, tak rajinnyer Ayun dok bawak balik barang banyak2 naik bus.. errrr.. mau patah tulang..
Hari dah start kerje..huhu..
FIGHTING!!! Mulakan kerja dengan lafaz Bismillah dan senyuman..:-p

p/s: rindu dengan gelak spupu n adik kt kg~.. Bugosshippo!!!!