31 January 2011

* Single - Mingle

2 ari lepas Ayun balik kampung sebab cuti lama CNY..mood cuti skrang ni.
Biasala kalo da balik kampung memang Ayun tak lepaskan peluang utk borak2 dengan makcik2, spupu Ayun kat kampung..

Tambah2 lagi jarang balik kampung sbb sebelum ni cuti x lama..
Ayun + Mak Jang + Ayu + Tirah n my lovely sis Aisyah...  Kalo 5 org ni bertemu mmg x henti la berceritanyer..hahaha.. siap kna tegur dgn enjang Ayun " Sudahla2 berceritanya"..  
Nak dijadikan cerita, tengah Ayun borak2, Mak Jang cite kawan Ayun namanyer Sue dah kawin..Ayun pun terlopong jap.. huh??? da kawen??? la sayangnyer x tau pun,, x merasa g kenduri kawin Sue, sayang jgk la sebab dulu time sekolah Sue selalu tolong Ayun.. Pastu Mak Jang cerita lagi Huda kawan Ayun pun nak kawen hujung minggu ni,, bertambah terlopong la Ayun..

Tak sangka dah ramai kawan Ayun berkawen dan siap ada anak lagi , dah bertunang pun ramai.. Maklum jer la umur pun bukan muda lagi  tapi dah 24 tahun dah.. Tu la orang cakap " kita ni kalo dah masuk 20 tahun sekejap jer masa tu berjalan".. Ayun jer yang x de pape perubahan lagi.. biasala  kawan dengan orang single2 jadi x terasa la nak kawen bagai.. tapi sekarang ni terdetik pula perkara ni..
Bila fikir- fikir balik, mungkin bukan ada rezki dan jodoh Ayun lagi kot,, lagipun situasi Ayun sekarang ni pun belum cukup mantap lagi.. Ayun kalo boleh nak capai  impian atau hasrat sebelum Ayun kawen..  
STAY POSITIVE  AYUN!!! Doa jer la yang terbaik utk diri ini... Takpe tunggu lama asalkan jumpa yang terbaik utk diri kita.. InsyaAllah.. Amin

26 January 2011

* Kaki Novel

Lama rasanya tak coret-coret dalam blog ni...huhu..
Baru ni dengan tak sihat memang tak ada idea nak tulis kat blog ni..
Jadi Ayun banyak habiskan masa dengan baca novel jer..
Sebenarnya Ayun bukan la kaki novel sangat cuma bila Ayun dah baca tu Ayun tak akan berhenti sampai novel tu dibaca habis..dan mula la nak baca novel2 lain sampai dah x larat nak baca dah..
Seronok jgk sebenarnya baca novel ni kan..boleh dibaca time boring2.. pastu mula la senyum sorang2..
Kadang2 time baca novel tu kita mula terasa lupa dengan dunia luar jap...khayal dengan watak2 dalam novel tu..rasa macam kita jer watak dalam novel tu.. Mana taknya watak2 dalam novel biasanya orang miskin kawin dengan orang kaya,, watak hero biasa hensem giler, kaya. kerjaya plk best2 .. watak heroin pulak cantik tapi miskin, kuat pendirian, comel n byk lagi la,,hehe..boleh buat pembacanya lari dari kenyataan jap..Sebab tu tak heran la kalo orang senyum, ketawa, menangis sorang2 time baca novel..

Tapi semua ni Ayun sedar semua ni adalah escapism saja... sukar la nak dengar perkara yang benar berlaku dlm novel berlaku dalam diri kita.. kalo betul2 berlaku pun mmg bertuahlah tuan punya badan..

Ayun pun bukannya baca novel dalam bentuk buku tapi online jer..Mostly Ayun baca kat penulisan2u.. Jangan sangka novel online ni x de class actually karya dorang pun not bad n ada yang sangat2 best.. seronok jgk Ayun baca.. tahniah dan jutaan terima kasih kpd penulis-penulis di penulisan2u kerana tak lokek kongsi karya mereka dengan pembaca luar..

Antara Novel Ayun baca :

M.A.I.D - most recomended
Akulah Cinderella.
Dia Suamiku
Antara Benci & Rindu
AD + IZ..
Ni antara yang Ayun baca.. 
banyak lagi yang best2 utk dibaca..


p/s: nak sambung baca tak abis lagi

20 January 2011

* Kempiskan Perut Dalam Masa 3 Minit

Pagi ni, time Ayun merayau -rayau di internet, tetibe terbaca satu artikel mengenai senaman kempiskan perut dalam masa 3 minit... Senamannya simple jer dan kita  tak perlukan masa yang lama.. Sambil tengok tv pun boleh buat..


Explaination

150 ~ 180 sec : grab a pillow and put between your legs and squeeze them tight. Contract your bellybutton and touch at the same time (burns like you know what hehe)


I've done it for one week and I can say that my waist shrinked 1,5 cm (I've been doing it twice a day, after waking up and before going to bed). Don't know if it's just a coincidence or not. ACtually if you do it right you'll feel the burn.

The girl from the blog also shared this link. It's also a waist exercise done with a towel. It also stated that you can lose up to 2 cm per 2 weeks.

towel waist exercise


Explanation:

Have a face towel.
Hold the ends of the towel with your arms stretched foward (the way she holds it the video).
Keep your body facing foward (don't bend your stomach).
Move your arms (always stretched) making those eight-like movements.

Important: Hold the towel firmly.
Arms always stretched.
Body facing foward, never bend it, only the arms
move (almost lol)

She says to do it 10 times (each side), but I guess you can do it all you want.

It is not recomended for anyone with back problems or if you feel any kind of pain (the bad kind).

There's a girl that posted on the blog and she said that in just 2 weeks she noticed an tremend amouth of diference. She's almost with a tiny waist (she does it 150 times - 75 each side - a day and then rests for one day) :o

Since I'm sharing these links I've found I'll also share one link (this sounds kind of...well don't know if it's effective but anyways....), it's a leg exercise that promisses to make you legs nice and thin (er...like I said don't blame if it doens't work)

Thin thighs exercise

Explanation:

This video it's about a girl that was large bottomed. Already thin at the top. The first minutes it's about her life before the weight-loss (not very important). She lost 20 Kg. She was even asked to participate in a miss contest.

Exercise # 1 : you stretch your right foot foward, without bending the knees and then point your foot up. In this position you should take your leg back and twist it a bit inside. Watch closelt after 7:15 min. Try to say in
this postion for at least 20 seconds. Do the same with your other leg.

The doctor states that this exercise activates the inside muscles of the legs and that's why the legs go thin.

She says a good tip it's to do it while brishing your teeth or doing the dishes.

Exercise # 2 : when sitting down (working, watching TV) put between your legs the yellow pages (LMAO ...sorry XD) ou some book with the same kind of thickness (~ 5cm). You should spread slightly your legs and then aply pressure on the book to be able to hold it. Do it as much as wanted.

If anyone needs any further explanation about this exercises just post here and I'll translate it from the brazilian blog.

One more thing, if you think this is just fake or whatever don't post at all. I'm just sharing what I found and think it's interesting.
So try it out and Fighting!!!

Credit to blog dietasobcontrole.org and to it's blogger Yoko and topazeyedgirl @ Soompi.. Thanks =)

p/s: Ayun pun nak try jgk la.. :-)

19 January 2011

* Contact Lens Free



Sape kt cni yang suka pkai contact lens??

Sekarang Acuvue ada buat promosi contact lens free so sape yang berminat blh klik SINI
Promosi ni berakhir pada 31 JANUARI 2011.. So,, cepat-cepat!!

E..N.J.O.Y.!!

* Susu!! Oh Susu!!

Susu

Pagi ni Ayun nak cerita fasal susu  plak.. Sebab ape??

Susu!! Oh Susu!! Knapa Ayun tak minum kau masa kecik2 dulu,,, sekarang kan dah menyesal badan tak tinggi..:'(.

Baru2 ni Ayun ada tengok rancangan kesihatan kat KBS World  iaitu VITAMIN..Kebetulan time tu dorang cerita mengenai " Faktor yang membantu kepada pertumbuhan tulang untuk lebih TINGGI" Memang tak nafikan orang Korea blh diketegorikan sebagai tinggi2 terutama di kalangan masyarakat Asia.. Di Korea, susu disebut U yu (ambik korean masa blaja kt universiti) :)

Antara tip2 untuk kita jadi tinggi ialah:

* Sekurang-kurangnya kita minum 3 gelas susu sehari untuk pertumbuhan tulang dan kalsium dalam tubuh badan kita.( sebab doktor dlm rancangan tu ada ckp jika minum 3 gls sehari walaupun dari umur 8-10 dan seterusnya bagi lelaki,,blh mencapai ketinggian sehingga 178 cm kira tinggi la tu)
* Banyakkan bersenam
* Amalkan makan sayur-sayuran

Ayun pun perasan adik lelaki Ayun memang suka minum susu dari kecil sekarang ni da tinggi macam galah berbanding abang dia..
Adik sepupu Ayun pun baru umur 4 tahun n kuat minum susu dalam sehari 6-8 botol or lebih lebih tinggi dari sedara dia yang umur 5 dan 6 tahun..Ayun siap pesan kat mak sedara Ayun biar jer anak dia kuat minum susu sebab baik untuk badan n otak.. Baik habiskan duit beli susu daripada belikan mainan..

So, sape2 yang ada anak2 kecik n adik2 kecik ajar (paksa) dorang minum susu dari kecik untuk mengelakkan dorang menyesal di kemudian hari sebab tak cukup tinggi..hehe

18 January 2011

* Korean Drama "Dream High"

Dream High


Pada petang yang bosan ni, Ayun nak cerita fasal drama siri terbaru dari KBS iaitu Dream High.. Drama ini mengisahkan enam orang remaja yang bercita-cita untuk menjadi Superstar dalam industri hiburan di Korea.. Jalan cerita nya pun seronok dengan wujudnya love tri-angle antara mereka ini..Tambah-tambah lagi dilakonkan oleh Teacyeon n Woo Young dari 2PM, Suzy dari Miss A, Eun Jung dari T-Ara, Penyanyi berbakat iaitu IU dan pelakon muda iaitu Kim Soo Hyun.. Ayun bagi sinopsis cikit yer dari drama ni ye~

Drama ini menceritakan Go Hye Mi yang merupakan seorang gadis yang berbakat dalam muzik, mempunyai rupa paras menawan serta merupakan anak orang kaya yang sering dicemburui oleh kawan-kawan.. Namun, tidak seperti watak2 tipikal korea yang watak utama yang sentiasa baik dan dibuli tapi watak Hye Mi ni lain ckit sebab Hye Mi ni digambarkan seorang yang berlagak dan strong girl..Kehidupan Hye Mi yang gah telah berubah setelah ayahnya muflis dan kehidupan Hye Mi jadi porak peranda.. Kemudian Hye Mi telah berjumpa dengan Jin Gook ketika dia dikejar oleh pemiutang yang cuba menuntut hutang daripada Hye Mi,,,Mesti x sabar kan nak tahu macam mana munculnya kisah cinta 3 segi tu kan????

Siapa yang minat cerita korea n suka dengan Miss A, T-Ara, IU dan  2PM,, jangan lupa menonton Dream High yang tak lama lagi akan ditayang oleh KBS World di channel 391 di Astro..Pada sapa2 yang tak sabar nak tengok drama Dream High tu Ayun sediakan link untuk kawan2 yang x sabar nak tengok yer... Kawan2 jgk blh tgk seterusnya menerusi link ni.. Enjoy watching k!!!


Crdt: tonngodoc.

* Sejuk!! Sejuk!!

Snow Man aka Ayun



Aigoo!!

Sejuknyer la sejak dua menjak ni mungkin disebabkan hujan kot...Rasa macam jadi snow man da..
Sejuknya sampai Ayun siap bawak stoking n lotion Yusmira g ofis nak bagi panas ckit...
Ayun memang sensitif sikit kalo sejuk-sejuk ni..sebab mungkin Ayun ada sinus sikit jadi mudah selsema la pagi-pagi kalo ari sejuk dan badan Ayun memang mudah sejuk... 
Nak minum air halia tak terminum plak sebab rasa dia,, tak bleh tahan~~...huhu..
Bila da sejuk ni nanti mula la Angin masuk badan..nak sedawa la, terkentut la, pening kelapa la...macam lagi boleh jadi..
Nak cari petua buang angin n panaskan badan la...grrrrkkk (kesejukan)

p/s: berangan kalo da rezki nak g Korea or Jepun tapi sejuk ckit da mengigil,,macam mana ni?? aigoo

* K-Pop " Kara"

KARA

Entri kali ni Ayun nak cerita mengenai k-pop girl group,, KARA...
Ayun memang suka kumpulan KARA sebab kagum dengan usaha n kerajinan dorang untuk naikkan group KARA..Walaupun dorang ni bukan dari syarikat entertainment terkenal Korea iaitu JYP, SM, YG Entertainment tapi dorang tetap usaha walaupun dari bawah..
Dulu jika 2-3 tahun lepas kalau sebut KARA mesti orang tertanya-tanya siapa KARA?? .. Dulu dorang kurang fames tapi sekarang sebut KARA mostly orang dah tahu...KARA ni popular dengan lagu Mister, Jumping, Pretty Girl, Honey dan banyak lagi la..Lupa plak...Fan Club untuk KARA digelar KAMALIA..
Tanpa membuang masa lagi... Mari kita layan lagu KARA ni k!!





17 January 2011

* Korean Drama "My Princess"

My Princess



Sekarang ni kat Korea tengah 'hot' dengan drama My Princess ni..
Drama ni baru tayang kat korea pada awal bulan Januari baru ni.. Ayun pun ikuti drama ni.. Jalan cerita dia pun seronok maklumla drama romantic-comedy.. Pelakon dalam drama ni pun best2 iaitu Song Seung Hun, Kim Tae Hae, Park Ye Jin dan Ryu Soo Young.. Ok,, Ayun cerita sedikit yer jalan cerita dia..

Drama 'My Princess ni mengisahkan seorang gadis dan pelajar bernama Lee Seol (LS) yang menuntut di sebuah Universiti.. Lee Seol  ni seorang yang suka berangan nak jadi puteri.. Suatu hari ketika dia sedang buat kerja part-time LS telah bertemu dengan Park Hae Young (PHY) seorang diplomat dan juga merupakan cucu seorang 'chebol' a.k.a ahli perniagaan terkenal di Korea.. Pertemuan yang pertama mereka ini telah membawa dengan pelbagai kisah yang menarik dan mencuit hati sehingga LS mendapati dirinya sememangnya seorang puteri,, Bagaimana perjalanan kisah Puteri LS dan Putera Idaman PHY?? Suspen kan!!!

Ok la kat sini ayun letakkan link yang boleh anda tengok drama 'My Princess' ni..
Drama sumenya da 16 ep. baru tayang 4 episod kat Korea.. Jadi masih kejar lagi nak tengok..
Tak rugi tengok sebab jalan cerita dia memang fun.. E.N.J.O.Y~~

Ayun hanya letakkan ep 1 saja,, kawan2 blh tengok episod seterusnya melalui link ni.

My Princess EP1 Eng Sub Part 1
My Princess EP1 Eng Sub Part 2
My Princess EP1 Eng Sub Part 3
My Princess EP1 Eng Sub Part 4
My Princess EP1 Eng Sub Part 5
My Princess EP1 Eng Sub Part 6
My Princess EP1 Eng Sub Part 7

* Musim Hujan

Hujan yang turun bagaikan MUTIARA

Ermm~ Walaupun dah masuk bulan Januari namun hujan tak henti-henti lagi kan,,
Sejuk jer rasa n mengantuk pun ada...aduii.. 
Mujur la tempat Ayun tak banjir.. Kalo tak susah la nak main angkut-angkut barang ni..
Oleh itu,,sempena musim hujan ni..jaga kesihatan..sebab sejuk-sejuk ni mudah angin..
Nanti mula jadi pening kepala, semput la, perut kembung la n macam lagi..
So kalo sejuk tu pakai la stoking yer or banyakkan minum air suam/panas..
Jangan kuatkan sangat air-cond kt tempat kerja tu..~~ hehe
Elok berdoa time-time hujan ni..orang cakap berkat..Oleh itu,, berdoa la yer banyak-banyak time hujan  dengan niat2 yang baik..Amin..
 Take Care~~

* Korean Drama n K - Pop

Sekarang mostly negara-negara Asia telah dilanda dengan Hallyu ( Korean Wave)..
Ayun memang dah lama minat artis-artis dari korea ni sejak zaman sekolah dulu waktu tu tahun 2005 kalo tak silap la..Sumenya gara-gara Ayun nak tukar siaran radio alih-alih terdengar radio cina 9.88 fm, time tu Ayun dengar lagu korea..
Time tu tak tahu lagi siapa penyanyi dia tapi dalam hati Ayun cakap " Kumpulan korea mana la nyanyi lagu ni?? Boleh tahan jugak lagu dia... Ayun pun cari la, rupanya nama group tu "Dong Bang Shin Ki".. Memang time tu Ayun minat sangat-sangat la dengan DBSK ni sbb lagu dorang sume best-best.. tambah-tambah pandai menari n kalo baca kisah -kisah dorang pun seronok..

DBSK
Tambahan, masa tu  drama korea da banyak muncul kat tv cuma muzik-muzik korea belum ramai lagi yang tahu..
Sekarang 2011,, Ayun tengok dah ramai suka dengar lagu dan tengok drama Korea.. Dengan ada KBS World kat Astro bertambah lagi la pendedahan mengenai Korean Dramas n K-Pop..Siap artis Korea datang Malaysia lagi untuk buat Konsert n fan meeting...
Ayun tak tahu selama mana la Hallyu ini akan bertahan sebab sebelum ini Malaysia pun dah di landa deman drama Filifina, Jepun, Thailand, Mexico..sumenya ada pasang n surut.. Hallyu ini,, Ayun tak pasti lagi sampai bila ia mampu bertahan, kita tengok la nanti yer~~

* Catatan pertama saya

Assalamualaikum~

Syukur alhamdulillah akhirnya Ayun dapat juga hasilkan blog Ayun sendiri..
Agak terlambat jugak untuk Ayun hasilkan blog tapi it's better from never kan..
Semoga blog ini dapat dijadikan sebahagian coretan hidup Ayun..
Ayun percaya hidup ini tidak sentiasa ceria dan adakalanya sedih n bermasalah.. Namun, InsyaAllah Ayun cuba untuk atasinya..
Mostly di dalam blog ini Ayun akan ceritakan mengenai perkara-perkara kegemaran Ayun atau apa-apa perkara yang Ayun ingin kongsi dengan kawan2..
Maaf jika ada kesalahan atau kesilapan dalam blog ni sebab Ayun pun tak pandai sangat fasal blogging ni still learning,, diharap boleh beri komen2 membina utk Ayun.. Ni pantun dari Ayun (sejak bila Ayun pandai berpantun nii)

 Cantik Sungguh Musim Bunga
Bunga Sakura Kegemaran Saya
Aliysaf's Story diberi Nama 
Hasil Nukilan Cerita Saya


Sekian dulu.. Jumpa lagi.. Bye2