18 January 2011

* Korean Drama "Dream High"

Dream High


Pada petang yang bosan ni, Ayun nak cerita fasal drama siri terbaru dari KBS iaitu Dream High.. Drama ini mengisahkan enam orang remaja yang bercita-cita untuk menjadi Superstar dalam industri hiburan di Korea.. Jalan cerita nya pun seronok dengan wujudnya love tri-angle antara mereka ini..Tambah-tambah lagi dilakonkan oleh Teacyeon n Woo Young dari 2PM, Suzy dari Miss A, Eun Jung dari T-Ara, Penyanyi berbakat iaitu IU dan pelakon muda iaitu Kim Soo Hyun.. Ayun bagi sinopsis cikit yer dari drama ni ye~

Drama ini menceritakan Go Hye Mi yang merupakan seorang gadis yang berbakat dalam muzik, mempunyai rupa paras menawan serta merupakan anak orang kaya yang sering dicemburui oleh kawan-kawan.. Namun, tidak seperti watak2 tipikal korea yang watak utama yang sentiasa baik dan dibuli tapi watak Hye Mi ni lain ckit sebab Hye Mi ni digambarkan seorang yang berlagak dan strong girl..Kehidupan Hye Mi yang gah telah berubah setelah ayahnya muflis dan kehidupan Hye Mi jadi porak peranda.. Kemudian Hye Mi telah berjumpa dengan Jin Gook ketika dia dikejar oleh pemiutang yang cuba menuntut hutang daripada Hye Mi,,,Mesti x sabar kan nak tahu macam mana munculnya kisah cinta 3 segi tu kan????

Siapa yang minat cerita korea n suka dengan Miss A, T-Ara, IU dan  2PM,, jangan lupa menonton Dream High yang tak lama lagi akan ditayang oleh KBS World di channel 391 di Astro..Pada sapa2 yang tak sabar nak tengok drama Dream High tu Ayun sediakan link untuk kawan2 yang x sabar nak tengok yer... Kawan2 jgk blh tgk seterusnya menerusi link ni.. Enjoy watching k!!!


Crdt: tonngodoc.

No comments:

Post a Comment