18 March 2011

* Kenangan Cuti Sekolah : 3 Ninjas

Assalamualaikum~

Sekejap jer rasa cuti sekolah kan tup tup arini dah ari jumaat.. Time cuti sekolah ada satu lagi movie yang sering tayang masa Ayun kecik-kecik dulu.. Tajuknya movie tu 3 Ninjas.. Citer ni memang dah lama tak tayang kat tv. Ayun pun dah lupa bila last Ayun tengok movie ni, rasanya masa Ayun darjah-darjah lagi kot last tengok citer ni.. Citer ni memang best dan kelakar.. Dulu- dulu pas dah abis tengok citer ni Ayun dan adik-beradik pakat jadi ninja jgk la kononnyer dok hiak!! hiuk!! geleng kpala mak dok gelagat kami adik-beradik.. Tu la pengaruh tv memang kuat masa kecik yer..hehe.. Tengok Sailormoon dok buat gaya Sailormoon depan tv.. Aigoo~.. Jom la tengok sama movie ni k (^_____^)/

Sinopsis Movie 3 Ninjas

Each year, three brothers Samuel, Jeffrey and Michael Douglas visits their Japanese grandfather, Mori Shintaro whom the boys affectionately refer to as Grandpa, for the summer. Mori is a highly skilled in the fields of Martial arts and Ninjutsu, and for years he has trained the boys in his techniques. After an organized crime ring proves to be too much for the FBI, it's time for the 3 brother NINJAS! To use their martial arts skills, they team up to battle the crime ring and outwit some very persistent kidnappers!  










14 March 2011

* Kenangan Cuti Sekolah : RICHIE RICH

Pejam celik pejam celik. Minggu ni dah start cuti sekolah, tadi masa Ayun nak gi tempat kerja, jalan raya kiri dan kanan penuh dengan kereta . Al maklum la cuti sekolah ni macam-macam plan yang muncul. Dengan kenduri-kendaranya, cuti-cuti 1Malaysianya dan macam-macam hal la.Masa kecik-kecik dulu, family Ayun jarang bercuti nih jadi masa cuti Ayun banyak abiskan masa adik-beradik dan sepupu sepakat dengan tengok tv jer dan main rounders atau tuju selipar petang-petang kat depan rumah.. tergelak pulak teringat kenangan dulu-dulu

Yang seronok tengok tv time cuti sekolah ialah banyak filem kanak-kanak yang best sebab adalah slot untuk cuti sekolah punyer. Antara filem kanak-kanak yang Ayun minat masa kanak-kanak dulu ialah RICHIE RICH. Citer ni dah banyak kali ulang kat tv tapi setiap kali ulang memang Ayun akan tengok, last sekali Ayun tengok citer ni kat tv masa Ayun form 3.. dekat 10 tahun juga tak kuar citer ni.. Mujur la ada youtube jadi boleh la tengok semula filem ni. Serius citer ni sangat seronok dan kelakar. Sesuai la dengan jiwa budak-budak.

Sinopsis filem ni Ayun ambil kat bawah video tu
 
The richest kid in the world, Richie Rich, has everything he wants, except companionship. While representing his father at a factory opening, he sees some kids playing baseball across the street. Richie wants to join in, but they don't want him around. When a plot to kill the Rich family is devised by Rich Industries' top executive, Laurence Van Dough, Richie must take over control of the company while searching for his lost parents with the help of some new friends.
 

 


 
 

 







Serius memang HEAVEN jadi macam Richie ni kan, dengan ada McD kat rumah, permainan yang kaw-kaw punyer hebat, nak apa sahaja sume dapat.. Tapi setiap yang lebih mesti ada kekurangan nyer kan.. Walaupun dia kaya tapi susah nak cari "kawan" tapi akhirnya dia temui jugak.  Bila dah kaya, orang jahat pun ramai nak kenakan kita.. huhu.. Bukan senang nak cari kawan sejati yang tolong kita susah dan senang. Jika ada, beruntung sangatlah kita~hehe


p/s: InsyaAllah nanti Ayun masukkan filem-filem kenangan cuti sekolah yang lain k. (^_^)/..
      Selamat Bercuti Sekolah..

12 March 2011

* Tsunami Jepun : Makin Parah

Ayun baru jer tengok Buletin Utama kat TV3 fasal tsunami kat Jepun. Sepanjang video tu Ayun terdiam jer, bulu roma pun meremang naik.. Tengok air laut hitam mengalir. Kereta pun ibarat kereta mainan jer.. Rumah-rumah semua runtuh dibawa air. Bayangkan bot/ kapal pun boleh sampai ke bandar dibawa arus tsunami..

Tambah-tambah lagi situasi tsunami di Jepun dikatakan bertambah parah, apabila diberitakan logi nuklear di Jepun mengalami kebocoran. Kebakaran logi-logi gas dan petroleum memberi impak kuat dalam situasi buruk di Jepun.

Serius memang TAKUT!!. Sepanjang tengok video tu pun hati Ayun asyik istighfar ke hadrat Allah mohon semua selamat.. Bila berlaku malapetaka memang perkara pertama kita ingat adalah Pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Mohon semuanya diselamatkan dari segala musibah. 

Hati Ayun pun asyik tertanya-tanya macam mana keadaan kawan2 Jepun ayun kat sana..Risau dengan keadaaan mereka dan keluarga.. Harap-harap semuanya selamat..

Hayato, Momo, Fujiko Junko
Risa Miyagi

Teringat masa Ayun ambik kos International Relations kat Universiti dulu. InsyaAllah, bangsa Jepun ni akan bangkit semula selepas tsunami ni sebab dorang ni bangasa yang kuat semangat dan sentiasa bersedia,, Teringat masa pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki macam mana bangsa Jepun ni mampu membangun dengan cepat dan menguasai teknologi dunia. Mungkin musibah tsunami ni membawa hikmah dan kesedaran bagi rakyat Jepun dan kita semua yang melihatnya.. InsyaAllah..

Kat Rompin ni pun cuaca tak menentu hari ni, seharian hujan, semalam pun Pak Ndak cerita lepas Solat Jumaat, Imam buat solat hajat sebab cuaca yang tak menentu ni. Ada tempat-tempat banjir di Rompin. Sebelum ni tak pernah hujan macam ni pada bulan bulan March.


p/s: sepanjang tengok video tu jugak dalam hati ayun " bila dah jadi macam ni,, banyak mana harta pun semua kita pakat tinggal".. Allahu Akhbar!!

09 March 2011

* Drama Melayu: Dulu VS Sekarang

Sape kat sini suka tengok drama melayu?? Muncungkan mulut anda.. : p

Hari ni Ayun nak cerita fasal drama Melayu dulu vs sekarang. Dulu, masa Ayun sekolah rendah sampai form 2 kot suka sangat tengok drama Melayu kat TV2.. Masa tu ada satu slot kat tv 2 dia panggil slot SPEKTRA. Sape lahir tahun 80- 90-an mesti tahu atau ingat la kot slot ni..

Drama-drama terbitan HDV ni memang best-best sume. Drama tu papar fasal perihal masyarakat, kisah suka-duka memang rasa dekat jer dengan jiwa kita.. Bak kata Drama Kita, Kisah Kita kan. Masa tu Zamarul Hisyam pun muda lagi, Ada Ernie Sulastri pastu Zuraini Kassim memang rasa best betul drama melayu time tu, Farisya Irwayu - skang ada belakon balik , Rashdan Baba - dia nih leh kira king of spektra, Tengku Tasha Aziz - ratu spektra dulu-dulu.

Antara drama-drama  yang masih segar di ingatan Ayun ialah Kembara Bermusim, Puncak Inspirasi, Arus Kehidupan, Ros Anita, Bumi Hijau, Chalet dan banyak lagi. Memang tak miss tengok drama tu tiap-tiap malam dengan adik-beradik pakat selonggok jer depan tv... Rasa-rasa kalo TV2 ulang semula drama-drama tu, mesti ramai orang nak tengo.

Drama Melayu sekarang pulak asyik-asyik fasal orang kaya, korporat, rebut harta, orang tua gatal, anak derhaka, scandal dengan laki/bini orang. Serius memang Ayun kurenggg sangat dah tengok drama Melayu sekarang .Slot cerekarama ke, samarinda ke, x layan sangat.. Drama yang Ayun layan macam Nur Kasih tu pun separuh tengok pastu terus episod akhir.. Bukan tak ade drama Melayu yang best sekarang cuma tak banyak macam dulu-dulu, cerita pun tipikal jer dah tau ending..

Satu lagi yang tak best drama Melayu sekarang ialah sebab asyik muka sama jer berlakon.. Contoh bulan ni drama ni dia berlakon, tup tup bulan depan drama lain muka dia jugak.. Bukan ape kadang kadang bosan jugak kan.. Nampak sangat la kurang pelakon pelapis kat Malaysia ni.. Acce cuba bagi la watak-watak utama kat pelakon-pelakon baru ni atau asah bakat dorang untuk jadi pelakon mantap..

Kalo kat Korea, pelakon dorang tak berlakon kerap sangat .. Cukup berlakon satu drama rehat jap.. cuti 3-6 bulan pastu baru drama lain. Kadang setahun ada 1-2 drama jer dorang berlakon. Ni yang buat peminat tertunggu-tunggu dan tak sabar tengok terbaru dorang. Cuba tengok Won Bin.. berapa banyak sangat drama lakonan dia.. Setakat Autumn In My Heart pastu berapa drama sangat ada muka die..

Tapi kat Malaysia ni kalo setakat mana ada tawaran sapu jer,,asalkan masyuk.. tak kira la skrip best ke tak best.. Peminat pun mula bosan pastu tak nak tengok.. Tambah- tambah lagi, bila dah popular ada SCANDAL.. Serius BOSAN!!!

Setakat ni jer la ulasan fasal drama ni.. Hope drama Melayu kita ni akan berubah ke arah yang lebih baik lagi.. Kita tengok drama Indonesia, Filipina, Thailand, Korea, Mecixo sume pakat layan tapi dorang tengok tak drama kita??..
Tak yah tengok jauh sangat dekat pun boleh.. Kita tengok drama Cina kat 8tv tapi ada ke orang Cina tegok drama Melayu kita??

08 March 2011

* Jom Buat Personality Test


Crdt : Google


Dah lama rasanya tak buat personality test ni.. Time skolah-skolah dulu rajin jugak kaunselor buat personality test.. Seronok sebab adakalanya hasil dia bertepatan jugak dengan diri kita dan kelakar pun ada..

Jadi malam ni, Ayun luangkan sikit masa nak buat personality test ni..
Tak lama pun test dia, sekejap je dan macam-macam test ada,, kita pilih je yang mana kita nak buat..

Jom kita cuba personality test ni.. KLIK SINI

07 March 2011

* Layan "Nayak" Di Zee Variasi

Siapa bosan-bosan malam ni???

Jom layan tengok citer hidustan Nayak di Zee Variasi.. Cite Nayak ni cite lama dalam tahun 2001 la tapi bagi Ayun citer ni memang best.. Citer Nayak ni pun dah banyak kali dah Ayun kat tv dan cd tpi disebabkan bosan malam ni dan lama dah tak tengok cite ni jadi malam ni dok layan cite Nayak la..

Meh, Ayun kasi sinopsis sikit ye..

Nayak ni mengisahkan tentang seorang wartawan Shivajirao yang diberi peluang selama 1 hari untuk jadi Ketua Menteri.  Pelbagai rintangan yang dilalui oleh Shivajirao dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Mneteri yang baik.. Kita boleh lihat dalam filem ni macam mana rasuah dan korupsi ni boleh berlaku dan kewibawaan Shivajirao ni handle tugasnya dia sebagai Ketua Menteri sehingga dia terpaksa berkorban dengan kehilangan kedua ibubapa dan cinta.. A MUST WATCH MOVIE!!! 

Hero dalam cite ni Anil Kapoor - Memang karisma la AK dalam movie ni
Heroin pulak Rani Mukerjee - Cute ala-ala village girl gitu~~

K la.. Jom layan sekali dengan Ayun k..


04 March 2011

* Suka Baca Dari Tulis

Semenjak dua menjak ni  lama jugak Ayun tak update blog. Bukan sebab Ayun sibuk pun tapi sekarang banyak abiskan masa dengan baca-baca blog Ayun follow..Seronok jugak baca blog fasal suka-suka hidup orang lain, blog mengenai info-info, blog petua,  dan macam macam lagi la..

Setiap blog yang Ayun follow, insyaAllah Ayun akan baca entri dorang biarpun dorang tak follow Ayun pun..  Ayun pun kalo boleh nak berblog dengan low profile jer. Blog Ayun mostly kawan- kawan dan kazen-kazen jer yang baca bukan orang lain pun. Takde niat nak nak femes dengan berblog, cukup la sekadar menulis ape yang kita mahu tulis. TITIK. Sebab tu blog ni simple jer.. Header pun alahai.. InsyaAllah nanti rajin Ayun tukar la. hehe

Dalam dunia blog ni ada macam-macam genre blog yang orang selalu gunakan dalam menulis blog. Ada gosip, ada fesyen, ada fasal keluarga, ada tutorial dan banyak lagi. Ikut taste atau pilihan kita la nak baca blog mana satu kan.. Style Ayun pulak "suka baca blog tu, follow". Mudah je caranya.. 

InsyaAllah lepas ni mungkin tergerak hati Ayun nak tulis entri yang best-best dan seronok untuk dibaca.. Ayun pun baru lagi dalam dunia blog dan banyak lagi perlu belajar..step by step ok..

03 March 2011

* Demam Korea!!!

Assalamualaikum~~

Lama tak citer-citer kat blog ni..huhu..
Baiklah,, kali ni Ayun nak citer fasal DEMAM KOREA!! melanda keluarga Ayun..aigoo~
Kalo nak tau Ayun memang dah lama minat giler dengan lagu dan drama korea ni..
Mula dengan Winter Sonata, Autumn in My Heart dan banyak lagi la..
Dari sekolah menengah hingga Universiti memang kawan-kawan Ayun dah tau memang Ayun suker dengar lagu-lagu Korea nih.. Siap pengaruh kawan-kawan lagi join sama..
Tak cukup dengan pengaruh kawan siap ambik Bahasa Korea kt Universiti tuh.. Sampai level 3 lagi.. Alhamdulillah, boleh la cakap bahasa Korea sikit-sikit.

Tak tau la ilmu aper yang pengarah dan orang Korea ni "guna-guna" kasi lagu-lagu dan drama dorang ni  sedap jer dengar..aishhh!! kene g menuntut nih!!.. Serius cakap mv lagu-lagu korea pun seronok dan best kalo kita tengok.. Lirik lagu yang diulang-ulang,, ada tarian yang mudah diikut lagi.. memang tak dinafikan seronok kalo tengok.. Sape minat tengok mv lagu-lagu korea memang tau la macam mana mv lagu-lagu Korea.

Berbalik pada cerita tadi.. sejak Ayun menumpang sabtu di rumah Ibu Gee ni Ayun telah mempengaruhi kazen-kazen kecik Ayun untuk join sekali dengan Ayun minat lagu dan drama korea.. ambik kau budak-budak ko pengaruh skali!!

Pukul 9: 30 malam kazen Ayun si Rafif Garfield memang dah pesan dah..  Nak tengok KPOP HITZ kat channel 705 pukul 10 malam kat  Astro..

Kak!! adik nak tengok lagu Shock!! (Lagu Beast - Shock)
Aifaa pulak suka tengok lagu SNSD - Gee

Cuba tengok gambar gelagat dorang.. Dok menari-nari la.. Macam pandai jer dorang nyanyi lagu korea tuh!! haha

Duk depan tv nak tengok MV Lagu SHOCK punyer fasal

Layan la ang Rafif oiii~
Menari,,, Jangan tak menari!!!
Takde microphone, Remote tv pun bantai jer la Dik oi~~
Fokus baek punyer Rafif!! Aifaa duk menari jer..kahkah
Feeling baik punyer layan lagu Super Junior

Menari hayung-hayung tangan pun jadi lahhh~

Memang pecah perut jugak Ayun tengok gelagat dorang nih.. Ibu Gee pun geleng-geleng kepala dok tengok anak dia meloncat-loncat depan tv tengok lagu Korea.. 
Kazen kecik Ayun ni siap belajar bahasa Korea lagi.. Oppa!! Unnie!! Saranghaeyo!! Omma!! banyak lagi la..
Maner tau besar nanti ada rezeki nak blajar engineering kat Korea pulak,, sape tau kan??Amin!!

Ok nanti citer lagi k. 
Babai!!