08 February 2011

* Jalan Kaki

Sejak Ayun dikejutkan dengan nenek spupu Ayun yang diserang strok tiba-tiba, Ayun mula risau tentang kesihatan plak..
Mana taknyer, Nenek Baya aka Nenek Ayu yang sihat n aktif pun boleh kene strok.. Sian jugak tengok Nenek Baya asyik terbaring jer siap masuk wayar lagi ikut hidung.. Biasanyer orang yang ada penyakit darah tinggi boleh kena strok tapi Nenek Baya ni sebelum ni tak ada darah tinggi dan baru kali pertama ada darah tinggi terus kena strok.. Bahaya tul rupanyer darah tinggi ni kan..huh
Jadi sejak balik dari kampung aritu Ayun da tanam semangat baru iaitu JALAN KAKI BALIK DARI KERJA.. Pagi2 mintak Ibu Gee anta g kerja sebab x larat jalan kaki nanti sampai tempat kerja mula la semput bagai..hehe
Kebetulan plak motor yang Ayun bawak g rempit ayat x tahan  pagi2 g kerja masuk bengkel gara-gara spupu "terlebih sayang" Ayun excident sampai masuk longkang,, Aigooo!!!.. Jadi, nak tak nak terpaksa la jalan kaki jer.. haha
Sebelum ni dah lama Ayun cakap nak jalan kaki nak balik kerja tapi cakap jer lebih buatnyer tak pun,, Hari ni da masuk 2 hari Ayun jalan kaki.. Motor pun kat bengkel entah bila boleh ambik mungkin bulan depan la kot baru boleh ambik sebab BAJET bulan ni dah sengket gara-gara shopping terlebih time cuti kat kampung..huhu
Harap-harap dengan jalan kaki balik dari kerja ni boleh la Ayun excersice sikit dan berat badan pun mintak2 la turun sekilo ke?, dua kilo ke?,, berkilo-kilo pun lagi bagus.. Jalan kaki pun dalam 15-20 minit jugak la tpi x terasa sangat pun sebab Ayun jalan sambil dengar mp3 lagu2 korea feveret Ayun.. tup!! tup!! da sampai rumah...

p/s: berapa lama la Ayun kena jalan kaki yer??? mgkin sebulan or lebih kot..huhu

No comments:

Post a Comment